12 February 2009

Cinta itu Love..

Love,
Seluruh pelusuk tahu ertinya,
Perasaan yang bukan luar biasa,
Lahir dari bibit-bibit kasih sayang,
Bercambah menjadi cinta,
Cinta boleh mengubah sesuatu,
Kuasanya aneh,
Mampu membikin batu jadi rapuh,
Dikala mendung.

Love,
Luas definisinya,
Seluas lautan seluas langit,
Auranya mampu mengalahkan kekukuhan menara KLCC,
Cinta mengenalkan kita pada sekeliling,
Cinta itu kuasanya mengalahkan enjin F1.
Cinta itu Love..

21 January 2009

Puisi Mata Hati














Kasih ini sukar dijelaskan,
Dilihat tak nampak,
Hanya hati yang mampu melihatnya,
Merasa bagai ada yang menarik,
Dua hati jadi satu,
Bersilang menjadi satu ikatan,
Pautan janji seirama,
Mengukirkan sejuta warna kasih,
Bercorak cinta luhur,
Suci murni kurniaan Ilahi.

Puisi ini untuk kita,
Ku tulis atas kata hatiku,
Bersumberkan lukisan wajah,
Yang terpahat di dalam hati,
Bersama titisan-titisan bahagia,
Menari mendendangkan irama rindu,
Rinduku pada dirimu..

18 January 2009

RINDU

Belaian lembutmu
Membuat segugusan
Rinduku berterbangan sayu


Hati ini
Benar-benar kosong
Bicara ini
Benar-benar songsang
Bait-bait puitis
Tak seindah kata nasihatmu


Ibu …
Sejak kau tiada
Gugusan puisimu
Sentiasa menyentuh menghujani kolam mataku
Hadirlah seketika
Dalam semangatku
Walau hanya dalam
Sebabak mimpi lenaku …


Sumber: Sabah Times(not sure/dah lupa)

BERDOSAKAH AKU

Ibu …
Berdosakah aku
Hanya kerana meneguk air
Dilautan kasih sayangmu

Ayah …
Berdosakah aku
Hanya kerana ingin merasa
Resepi ketabahanmu

Kudengar
Rumput bicara
Kurasa
Angin mengejek
Seolah mencaci dosa perbuatanku …


Sumber: Daily Express

17 January 2009

Kasih Kekasihku..















Kasih Mu,

Ku ucap sejuta kata penghargaan,
Ku simpulkan menjadi satu kata,
Sentiasa bermain di ruangan mindaku,
Meneropong lembaran sejarah cinta,
Di kota persinggahan,
Lamunan suka dan duka kita,
Menjadi bait-bait halus,
Menyajikan santapan minda,
Kuasa kata cinta menyatu kita..

Kekasihku,
Kau tahu dalamnya kasihku jua,
Bait puisi tidak dapat menggambarkan,
Bukan cinta rumi dan juli,
Tuhan kurnia cinta pada kita,
Walau ku tahu ini cinta duniawi,
Kiranya redha Ilahi bersama,
Cinta ini bisa kekal,
Kita bawa ke Akhirat,
Kau dan aku akan bersama di sana.

15 January 2009

Aku tak lupa..

Aku tidak lupa lagi,
Lirikan wajahmu sentiasa bermain di benak,
Mindaku meneropong jauh,
Tersentuh dalam hati,
Rindu ingin bersama mu,

Aku di sini,
Sukma ku duka,
Perasaan selalu berkocak,
Gelisah bila kau jauh dari sisiku,
Sayu terasa terkenangkan dirimu,
Bagai terlalu dekat,
Namun tak dapat ku capai jua.

Aku sayang kamu,
Sudah berkali ku lafazkan,
Berkali ku laungkan,
Kalimah sayang membawa seribu erti,
Perasaan dan naluriku,
Rinduku dan dukaku,
Tawa juga tangisku,
Hanya Tuhan yang tahu,
Ku ingin kau mengerti,
Bahawa aku amat menyintai dan merinduimu sayang..

06 January 2009

PUISI UNTUK KITA..

Sayang,
Ku nukilkan puisi khas untuk kita,
Luahan rasa hati ku pada mu,
Ingin mendakapmu tiap masa,
Meskipun kau dan aku belum bersatu,
Akan ku azamkan kau jadi milik ku,
Walau perit halangan,
Walau getir rintangan,
Kita lalui dengan tabah,
Sabar,

Sayang,
Hari-hari yang berlalu,
Mendewasakan kita,
Mengajar kita erti perhubungan yang sejati,
Mengajar erti kasih sayang,
Membuat kita selalu ingat,
Menjadikan kita saling memahami,
Kau dan aku,
Semoga kita akan bahagia..
Aku sayang kamu..