21 January 2009

Puisi Mata Hati














Kasih ini sukar dijelaskan,
Dilihat tak nampak,
Hanya hati yang mampu melihatnya,
Merasa bagai ada yang menarik,
Dua hati jadi satu,
Bersilang menjadi satu ikatan,
Pautan janji seirama,
Mengukirkan sejuta warna kasih,
Bercorak cinta luhur,
Suci murni kurniaan Ilahi.

Puisi ini untuk kita,
Ku tulis atas kata hatiku,
Bersumberkan lukisan wajah,
Yang terpahat di dalam hati,
Bersama titisan-titisan bahagia,
Menari mendendangkan irama rindu,
Rinduku pada dirimu..

18 January 2009

RINDU

Belaian lembutmu
Membuat segugusan
Rinduku berterbangan sayu


Hati ini
Benar-benar kosong
Bicara ini
Benar-benar songsang
Bait-bait puitis
Tak seindah kata nasihatmu


Ibu …
Sejak kau tiada
Gugusan puisimu
Sentiasa menyentuh menghujani kolam mataku
Hadirlah seketika
Dalam semangatku
Walau hanya dalam
Sebabak mimpi lenaku …


Sumber: Sabah Times(not sure/dah lupa)

BERDOSAKAH AKU

Ibu …
Berdosakah aku
Hanya kerana meneguk air
Dilautan kasih sayangmu

Ayah …
Berdosakah aku
Hanya kerana ingin merasa
Resepi ketabahanmu

Kudengar
Rumput bicara
Kurasa
Angin mengejek
Seolah mencaci dosa perbuatanku …


Sumber: Daily Express

17 January 2009

Kasih Kekasihku..















Kasih Mu,

Ku ucap sejuta kata penghargaan,
Ku simpulkan menjadi satu kata,
Sentiasa bermain di ruangan mindaku,
Meneropong lembaran sejarah cinta,
Di kota persinggahan,
Lamunan suka dan duka kita,
Menjadi bait-bait halus,
Menyajikan santapan minda,
Kuasa kata cinta menyatu kita..

Kekasihku,
Kau tahu dalamnya kasihku jua,
Bait puisi tidak dapat menggambarkan,
Bukan cinta rumi dan juli,
Tuhan kurnia cinta pada kita,
Walau ku tahu ini cinta duniawi,
Kiranya redha Ilahi bersama,
Cinta ini bisa kekal,
Kita bawa ke Akhirat,
Kau dan aku akan bersama di sana.

15 January 2009

Aku tak lupa..

Aku tidak lupa lagi,
Lirikan wajahmu sentiasa bermain di benak,
Mindaku meneropong jauh,
Tersentuh dalam hati,
Rindu ingin bersama mu,

Aku di sini,
Sukma ku duka,
Perasaan selalu berkocak,
Gelisah bila kau jauh dari sisiku,
Sayu terasa terkenangkan dirimu,
Bagai terlalu dekat,
Namun tak dapat ku capai jua.

Aku sayang kamu,
Sudah berkali ku lafazkan,
Berkali ku laungkan,
Kalimah sayang membawa seribu erti,
Perasaan dan naluriku,
Rinduku dan dukaku,
Tawa juga tangisku,
Hanya Tuhan yang tahu,
Ku ingin kau mengerti,
Bahawa aku amat menyintai dan merinduimu sayang..

06 January 2009

PUISI UNTUK KITA..

Sayang,
Ku nukilkan puisi khas untuk kita,
Luahan rasa hati ku pada mu,
Ingin mendakapmu tiap masa,
Meskipun kau dan aku belum bersatu,
Akan ku azamkan kau jadi milik ku,
Walau perit halangan,
Walau getir rintangan,
Kita lalui dengan tabah,
Sabar,

Sayang,
Hari-hari yang berlalu,
Mendewasakan kita,
Mengajar kita erti perhubungan yang sejati,
Mengajar erti kasih sayang,
Membuat kita selalu ingat,
Menjadikan kita saling memahami,
Kau dan aku,
Semoga kita akan bahagia..
Aku sayang kamu..

03 January 2009

UJIAN HIDUP..

Hidup ni memang banyak ujiannya. Ada macam-macam keadaan kita diuji.
  • Ada orang senang yang kaya raya tapi sebenarnya itu adalah ujian keatasnya.
  • Ada juga yang diuji susah dan papa kedana.
  • Kita bersedih pun satu ujian.
  • Kita diumpat pun satu ujian malah kita dapat pahala free tak pun dosa kita dikurangkan...
  • Kita buat silap kecil yang kita tak sengajakan tapi orang tu marah sangat pun satu ujian..
  • Adakala kita diuji dengan sakit.
  • Diuji dengan nikmat kesihatan..
  • Diuji dengan kerja yang banyak..
  • Juga diuji dengan kerja yang takde hingga membuatkan kita boring ditempat kerja..
  • Diuji dengan kegagalan peperiksaan..
  • Diuji dengan kecemerlangan pelajaran serta prestasi kerja..
  • Diuji dengan kebencian orang akibat fitnah orang..
  • Diuji dengan keluarga yang bahagia..
  • Diuji dengan pasangan yang baik..
  • Diuji dengan kasih sayang..
  • Diuji dengan kejahatan..
  • Diuji dengan satu keadaan yang sangat seram..
  • Dan bermacam-macam lagi keadaan...
Semua ujian ini ada hikmahnya.. Kita kena bersyukur sekiranya ujian yang kita dapat itu adalah ujian yang baik sebagai contoh diuji dengan kekayaan.. Janganlah hendaknya kita sudah senang kita lupa diri dan sombong.. Dengan kekayaan yang ada lebih elok kita kongsi bersama dengan menderma sedikit kepada yang memerlukan dengan hati yang ikhlas..

Sekiranya ujian itu memilukan hati, elok kiranya kita bersabar.. Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.. Sesungguhnya orang paling berani itu adalah orang yang pandai mengawal perasaannya serta hawa nafsunya... Kata orang sabar itu sebahagian daripada iman..

Allah sangat menyayangi hambah-hambahnya yang sabar.. Ya, kita kena sabar.. Kita tak mati kalau orang umpat kita.. Kita tak mati kalau orang herdik kita.. Kita tak mati kalau orang tak suka dengan kita.. Kita mati kerana ajal sudah datang.. Kerana Allah sudah tetapkan bila kita mati.. Siapalah kita untuk menetapkan masa bila kita akan mati..

Aku bersyukur kerana selama ini keluargaku terlalu menyayangi ku.. Kawan-kawanku memahami ku.. Aku juga bersyukur kerana Allah menemuiku dengan seorang wanita yang sangat menyayangiku ikhlas dari hatinya serta memahami keadaanku.. Biarkan mereka-mereka yang lain itu mengherdikku.. Biarlah orang-orang itu mengumpat dan memfitnah keatasku.. Tapi aku juga sayang mereka atas dasar kemanusiaan.. Nasihatku pada mereka janganlah buat perbuatan yang tidak baik itu.. Tak baik untuk bekal akhirat..

Aku hanya mampu bersabar... Aku hanya mampu berserah pada Allah..

TELUK MARUDU

Di teluk itu,
Sedari kecil aku telah menjelajahinya,
Menemani insan mencari rezeki,
Insan yang ku gelar keluargaku,
Begitulah hidup sebagai nelayan..

Di teluk itu,
Tangis tawa bersama alun ombak,
Kesengsaraan memaksa diri keteluk itu,
Mencari sesuap nafkah,
Untuk santapan mereka yang dikasihi..

Di teluk itu,
Sejarah dilakar tiada siapa yang tahu,
Sejarah yang ku anggap sebagai pengalaman,
Mematangkan jiwa dan fikiran,
Mencari jalan ke arah yang cerah,

Di teluk itu,
Di situlah tempat mencari ilham,
Tempat ku memotivasikan diri,
Sedari kecil memikirkan perubahan,
Siapa kata laut selalu bergelora?

Di teluk itu,
Di situ banyak kegembiraan dan kesedihan,
Di situ menguji kesabaran dan ketabahan,
Namun aku percaya rezeki datang dari Tuhan,
Aku yakin sinar pasti akan datang..

Di situ Teluk Marudu,
Sedari kecil aku telah jelajhinya,
Di kala teman seusia nyenyak tidur,
Di kala teman seusia besama keluarga tercinta,
Di kala itu aku sendirian melayan kesedihan di Teluk Marudu.....

SYUKUR..

http://catatanrevolusi.blogsome.com/wp-admin/images/Berdoa.jpg

Syukur itu bagi ku adalah tanda terima kasih..
Syukur itu bagiku adalah keredhaan di hati..
Syukur itu semacam perasaan yang tenang..
Syukur itu adalah kasih sayang..
Syukur itu adalah kebahagiaan..
Syukur itu adalah nikmat..
Syukur itu adalah kepuasan..
Syukur itu adalah kesenangan..
Syukur itu adalah kesempurnaan..
Syukur itu adalah kemakmuran..
Syukur itu adalah kedamaian..
Syukur itu adalah keamanan..
Syukur itu adalah kecemerlangan..
Syukur itu adalah keriangan..
Syukur itu adalah ilmu..
Syukur itu adalah keistimewaan..
Syukur itu adalah keseronokan..
syukur itu adalah kenyamanan..
Syukur itu adalah kehendak yang tercapai..
Syukur itu adalah kesembuhan dari penyakit..
Syukur itu adalah kelegaa..
Syukur itu adalah Keselesaan..
Syukur itu adalah kekuatan..
Syukur itu adalah keajaiban..
Syukur itu adalah tidak mustahil..
Syukur itu sangat perlu..
Syukur itu adalah cinta..
Syukur itu adalah kejayaan..
Syukur itu mengingatkan kita pada Allah..
Syukur itu syukur..
Syukur kepada Allah atas kurniaan nikmatnya..
Syukur alhamdulillah...
Syukur alhamdulillah...
Syukur alhamdulillah...

AKU TERLUPA..

Kita sering terlupa bahawasanya kita akan mati bila sampai ajal nanti..

Kita sering terlupa akan kehidupan pada alam seterusnya iaitu alam baqa seterusnya akhirat.

Kita sering terlupa bahawa ada malaikat munkar dan nakir menilai kita setiap masa.

Kita sering terlupa bahawa apa yang ada pada kita semuanya akan musnah..

Kita sering terlupa untuk mengingatkan..

Kita sering terlupa erti dosa..

Banyak benda kita terlupa..

Walaupun kita sering terlupa, namun ada juga masa-masanya kita teringat..

Kita harus ingat selagi nyawa di kandung badan, selagi matahari tidak terbit dari barat, selagi kita beriman kalau kita bertaubat Allah pasti mengampunkan dosa-dosa kita.. Begitulah maha pengampun Allah s.w.t. pada hamba-hambanya..

MALAM KU YANG SUNYI

Sunyi,
Jasadku terkaku diam,
Fikiran menerawang jauh,
memecah kesunyian alam,
Ungkit kembali kisah silam,
Kisah aku dan diri mereka,
Pengalaman lalu menjadi pengajaran,
Pengalaman guru peribadi insan,
mengajar seribu pengertian..

Malam,
Sinar neon menerangi hamparan,
Menjadi puisi bisu,
Di sudut lain akal mencari jalan,
Lorong berliku dilalui tabah,
Simpang siur kehidupan,
Hitam putih masa hadapan,
Jalan lurus itu dimana arahnya?

GELORA DI LAUTAN..

Laut kini bergelora,
Angin bertiup kencang,
Nyiur melambai bak menari,
Tarian longlai yang sayu,
Membawa nada puisi syahdu,
Mata terus merenung jauh,
Bila laut beransur tenang?

Bayu laut menyapa tubuh,
Dingin,
Namun tidak sesekali menggeletar,
Desiran ombak sesekali menganggu lamunan,
Seperti tiada yang mahu tahu,
Siapa tahu ombak di lautan lebih dahsyat?

Di tepian aku sendirian,
Di pantai itu,
Di tembok penghadang ombak,
Kian terhakis,
Sabar menanti waktu demi waktu,
Ku ingin pulang bersama impian,
Bersama kedamaian yang ku impikan..

PANTUN PAGI CERIA


Kicau burung memecah sunyi,
Angin bertiup dingin sekali,
Segar sungguh pagi ini,
Terasa tenang di dalam hati.

Kopi panas roti masin,
Jadi sarapan di pagi hari,
Senaman pagi jadikan rutin,
Fizikal sihat kita miliki.

Angin bayu di pagi hari,
Menyapa tubuh terasa segar,
Senyuman ikhlas kita beri,
Sepanjang hari kita bersyukur.

Nyiur melambai tanda gembira,
Tarian hidup semulajadi,
Di awal pagi bergurau senda,
Penyejuk jiwa pengubat hati.

Turun bekerja cari rezeki,
Rezeki halal untuk keluarga,
Hidup aman kita miliki,
Harapan untuk kita semua.

By:
Lt M Muss/Rasak Laut

AKU SAYANG KAMU


Jangan sesekali kau ragui..
Cinta ku pada mu selama ini..
Janji yang kita patri tempoh hari..
Akan ku ingat hingga akhir nanti..
Percayalah kau sangat kukasihi..
Ikhlas dari hati ku sendiri..
Yang amat perlu cinta yang murni..
Dari insan bergelar kekasih..
Juga sebagai bakal isteri..
Ku jua tahu cinta hakiki itu hanya pada ilahi..
Cinta sementara adalah cinta duniawi..
Tidak ikut bila sudah mati..
Hilang tanpa menanti..
Penantian yang tak pasti..
Namun kuharap Tuhan merestui..
Merestui hubungan kita selama ini..
Selama ini direstui hingga akhir nanti..
Harapan bukan sekadar puisi..
Puisi ku anggap doa insani..
Mengharap rahmat ilahi..
Rahmatilah hamba Mu ini..


Khas untuk yang teristimewa..
Yang mengasihi dan dikasihi..

AKU SAYANG KAMU

[thinking-of-you-20.jpg]
Mendongak ke angkasa,
terlihat bebintang berkelipan,
Di sudut pandangan,
kuterlihat rembulan indah,
Cahayanya menerangi seluruh pelusuk,
Terbit suria di ufuk timur,
Memancar cahaya keceriaan,
Bebunga kembang segar menyebarkan aroma kedamaian,
Kerinduanku terbit bersama rindu bebunga pada sinar pagi,
Di tengah-tengah taman itu,
Aku tersesat dalam arena kerinduan,
Semakin kuselami terasa kian tak bertepi.
Harapan….,
yang membuatku bertahan…
Bagai pejuang berkudakan kerinduan,
Zirahku adalah kesabaran,
Senjataku adalah keyakinan akan petemuan...
~ AKU RINDU KAMU ~

MAAFKAN AKU.

Maafkan aku,
Telah banyak ku taburkan kaca di hatimu,
Tatkala akal tersasar dari pertimbangan,
Meluahkan bicara-bicara kecewa,
Jauh terpesong dari hakikat kasih-sayang,
Namun itu bukan pintaku.

Maafkan aku,
Ku cuba memahami perasaanmu,
Jarak memisahkan namun hati tetap bersatu,
Ikatan jiwa telah lama terjalin,
Sejarah 19 jun itu sentiasa di hati..
Tragedi yang menyatukan hati kita berdua.
Luahan rasaku kau terima,
Terima kasih tidak terhingga,

Sayang,
Ini adalah hakikat kita ciptaan Tuhan,
Ada pasang ada surut,
Langit tidak selalunya cerah,
Kesabaran ubatnya sengketa,
Imbau kembali saat manis kau dan aku,
Walau kita jarang bersua,
Kenangan membuatkan aku selalu dekat padamu,

Maafkan aku sayang..

SEANDAINYA KAU TAHU.

Andainya kau tahu …
Berapa dalamnya kasihku
Kau lihatlah samudera laut
Di situlah kau akan tahu
Seluas itulah kasihku
Andainya kau tahu
Berapa murninya kejujuranku
Kau tataplah permatang itu
Di situlah kau akan
Melihat jujur kasih…

Andainya kau tahu
Berapa lama kesetiaanku
Kau renunglah sungai itu
Di sanalah kelak kau akan tahu
Selagi sungai itu mengalir
Selagi itulah kesetiaan takkan padam
Seandainya kau tahu
Penantianku ini bertepi
Janganlah kau berpaling
Kerana penantian adalah satu penyiksaan...

MENCARI ERTI KEHIDUPAN

KEBAHAGIAAN……
BUKANLAH MILIK YANG ABADI
HANYA MEREKA TERTENTU
DAPAT MERASAI DAN MENIKMATINYA
MENGEJAR KEBAHAGIAAN
IBARAT MENCAPAI BINTANG
YANG TINGGI DI LANGIT

KEBAHAGIAAN…...
ADALAH IMPIAN SETIAP JIWA
YANG TERLUKA,KECEWA
TIADA YANG LEBIH BERMAKNA DAN BERHARGA
SELAIN KEBAHAGIAAN YANG MEWARNAI HIDUPKU
NAMUN……
UNTUK MENGECAPINYA
LAUTAN API HARUS DIRENANGI
GUNUNG BERLIKU HARUS DIDAKI
ONAK BERDURI HARUS DITEMPUHI
BETAPA MAHALNYA HARGA SEBUAH KEBAHAGIAAN

KASIH SAYANG
KUNCI YANG PERLU KUCARI
KEJUJURAN
KOTAK KENANGAN
KEIKHLASAN
BALDU PERASAAN
KEIMANAN
DINDING PENGHARAPAN
APAKAH MAKNANYA
KEHIDUPAN TANPA MEMILIKI SEMUA INI..

JANGAN PUTUS HARAPAN.

Ku tabahkan diri,
Menempuh onak duri,
Cabaran dugaan,
Semakin dahsyat menimpa diri,
Kuatkan semangat,
Kita hadapi dengan tenang,
Kita terima dengan redha,
Kita anggap sebagai pengajaran,
Sesungguhnya kita masih ada masa,
Tuhan maha pengampun,

Keterlanjuran dosa itu,
Kita akui bersama,
Kita telah melakukannya,
Bukan hanya kita, malahan mereka juga,
Walaupun mengelak lagi baik,
Sesungguhnya keinsafan itu lebih berguna,
Kita terima kutukan,
Anggap ia sebagai pemangkin,
Sama-sama kita menginsafi diri,
Allah maha pengampun..
Allah maha pengasih..

BIAR ORANG BERCERITA.

Biar mereka bercerita,
Tentang peribadi,
Tentang kesilapan,
Tentang keterlanjuran,
Tentang dosa-dosa,
Tentang tingkah laku,
Tentang kisah-kisah silam,
Tentang keburukan...

Biar mereka bercerita,
Suka duka kehidupan ini,
Kita tempuh bersama,
Melawan arus deras,
Berakit ke hulu,
Walau payah tetap kita tempuh,
Walau getir tetap kita syukur,
Mereka bercerita tentang kita?
Kita insafi kesilapan lalu,
Pintu taubat masih terbuka..
Kita kuatkan diri..
Tiada yang kekal didunia ini..
Langit tidak selalunya mendung..
Marilah kita sama-sama tabahkan diri..

Khas untuk kita sayang..

Sayang, pa2 bina blog ini khas untuk kita berdua. Segala luahan perasaan kita, sama-sama kita luahkan. Ku ingin beritahu seluruh dunia bahawa aku amat mencintai mu. Terima kasih Allah kerana menciptakan dirimu sebagai pasanganku.

Semoga kesilapan kita yang lalu-lalu kita dapat baiki dan dapat kita ambil sebagai pengajaran dalam hidup kita. Hidup ini sementara, kerana sementaralah kita kena buat yang terbaik untuk bekal hari Akhirat kelak. Sesungguhnya pintu taubat masih terbuka. Sayang, ku amat menyayangi mu sayang. Percayalah..